Thursday, November 17, 2011

ABOUT ME

ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA kepada semua yang membaca blog saya ini. Sebelum saya pergi lebih jauh mengenai blog saya ini, saya ingin memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai diri saya. Nama saya ialah Khairul Bariah Bt Misron. Saya berasal dari Kempas Baru, Johor Bahru. Saya telah bekerja sebagai seorang Juruteknik Komputer di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia dan dalam masa yang sama saya merupakan seorang pelajar tahun keempat di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia. Kesedaran untuk melanjutkan pelajaran ini adalah kerana untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memperbaiki kerjaya yang sedia ada supaya menjadi bertambah baik.

Sebelum mengikuti pengajian ini, saya tidak berapa jelas tentang banyak perkara dalam HRD, walaupun saya telah berada dalam alam pekerjaan tetapi saya tidak terlibat secara langsung dalam HRD. Selepas mengikuti pengajian selama 4 tahun banyak ilmu HRD yang telah saya pelajari dan sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya tentang betapa pentingnya ilmu HRD ini dan terasa seronok apabila telah mendalami ilmu ini.

Pada pendapat saya subjek HRIS adalah merupakan salah satu subjek yg sangat penting dalam HRD. Kita akan dapat memahirkan diri dalam penggunaan sistem maklumat jika kita selalu menggunakan HRIS dalam bidang pekerjaan dan ianya secara tidak langsung dapat memudahkan kerja kita untuk mengemaskini segala maklumat dalam HRIS. HRIS perlu berdaya saing dan ianya boleh membantu organisasi untuk beroperasi dengan cara yang lebih cekap dan berkesan. Kesedaran tentang betapa pentingya HRIS dalam kehidupan kita seharian setelah mempelajari beberapa topik dalam subjek HRIS ini.

No comments:

Post a Comment